fbpx

Pakej Ke Osaka, Kyoto, Kobe & Nara 2019

Jawahir Travel & Tours Sdn Bhd

Pakej ke Osaka Kyoto Kobe Nara 2019 Jawahir Travel

Pakej ke Osaka, Kyoto, Kobe & Nara 2019

Tempoh: 5 Hari 4 Malam

Harga dari: RM 3,750.00 / pax

Pakej Termasuk:

  • Tiket Penerbangan
  • Penginapan
  • Train
  • Pengangkutan
  • Tour Guide
  • Tipping

Senarai Tarikh Terkini:

24 -28 Okt 2019

8 – 12 Nov 2019

14 – 18 Nov 2019

20 – 24 Nov 2019

21 – 25 Dec 2019

Kongsikan pakej ini ke:

Itinerary Pakej ke Osaka, Kyoto, Kobe & Nara

Day 1 : KL – Osaka

  • Mulakan perjalanan dari Kuala Lumpur ke Osaka.
  • Apabila tiba, pindah masuk ke hotel dengan train.
  • Bermalam di hotel.

Day 2 : Lawatan di Osaka

Osaka merupakan kota metropolitan kedua terbesar di Jepun selepas Tokyo. Ia bukan sebuah kota metropolitan yang biasa, kota ini cukup unik, sampai sahaja di Osaka anda dapat merasakan gabungan kedua-dua aura urban dan tradisionalnya.

Lagi satu sebab kenapa anda perlu ke sini adalah kerana bangunan-bangunan pencakar langitnya yang menawarkan pemandangan sangat indah.

 Mulakan lawatan hari ini ke Muzium House and Living. Terletak di tingkat 8 sebuah bangunan telah di ubah menjadi sebuah perkampungan pertengahan abad ke-19 (masa Edo). Satu-satunya muzium yang mempunyai ciri-ciri realiti kehidupan perkampungan Osaka lama, yang pernah dikenali sebagai Naniwa.

Di sini anda boleh mengunjungi kedai-kedai saudagar lama termasuk kedai kimono dan pembuat kabinet, sento (rumah mandi awam), dan dewan bandar. Di sini juga anda boleh mencuba berpakaian tradisi jepun dengan bayaran 500yen dan bergambar di sekitar perkampungan lama selama 30 minit.

Kemudian ke Tempozan Ferris Wheel. Ia adalah sebuah roda ferris yang terbesar di Osaka. Dari sini, anda dapat melihat panorama menarik lautan berdekatan dan kawasan sekitar bandar termasuklah bangunan-bangunan pencakar langit Osaka. Daripada 60 buah gondola pada roda ferris ini, 8 daripadanya memiliki lantai yang dibuat daripada gelas, memang syoklah siapa yang dapat naik gondola ini, atas, bawah, depan, belakang, semuanya menyajikan pemandangan yang menakjubkan.

Selepas itu, kita beralih pula ke pelayaran Santa Maria. Pelayaran selama 60 minit bersama kapal layar Santa Maria bermula dari Tempozan Harbor Village menyusuri Teluk Osaka menerusi bawah Minato Ohashi Bridge , dan sekitar Port Osaka. Port Osaka ialah sebuah pelabuhan luar biasa di Jepun kerana ia di buka kepada barat dan menawarkan satu pemandangan yang indah ketika matahari terbenam. Pelbagai aktiviti di pertunjukan oleh krew kapal ketika pelayaran mengikut cuaca dan musim.

Sebagai penutup untuk lawatan kita hari ini, kita akan menghabiskan masa di Dotonbori /Shinsaibashisuji/Namba. Tak lengkaplah pelancongan kalau tak membeli-belah. Kalau anda dah puas berjalan melihat keindahan bangunan, pameran di muzium, keindahan alam sekitar, sebelum balik ke negara, jangan lepaskan peluang merasai pengalaman membeli-belah di negara yang dilawati. Kalau di Osaka, lokasi membeli-belah yang paling syok adalah sekitar Namba.

Antara yang terdapat di sini adalah kedai pakaian, beg, aksesori, kedai kopi dan banyak lagilah. Kedai-kedai fesyen yang terdapat di sini bukan sahaja dibanjiri kedai fesyen indie anak-anak muda Jepun sahaja, anda juga boleh menjumpai jenama antarabangsa di sini. Menaiki Bot menyesuri Sungai Tombori yang sangat Terkenal di Tengah Pusat Bandar Osaka selama 20 Minit sambil menikmati keindahan Dotonbori. Walau bagaimana pun perkhidamatan ini bergantung kepada keadaan cuaca.

Day 3 : Lawatan di Kyoto

Pagi hari ini mulakan lawatan ke Arashiyama Bambo. Arashiyama menawarkan pemandangan yang sangat mengasyikkan. Ia juga merupakan tempat golongan diraja pada zaman dahulu bersantai. Antara yang terkenal di sini adalah jambatan Togetsukyo yang berlatarbelakangkan pokok-pokok
mekar di kawasan gunung. Nak tenangkan fikiran atau nak bergambar, ini adalah lokasi yang mesti anda lawati.

Berjalan-jalan di sekitar Bamboo Forest Street anda dapat menenangkan fikiran mendengar bunyi tiupan angin dan desiran daun-daun buluh. Nak lagi best, anda sekeluarga boleh sewa basikal untuk menikmati pemandangan di sekitar dengan tiupan angin yang lagi mengasyikkan.

 

Melawat Kyoto Tower. Melawat Fushimi Inari, merupakan sebuah Tokong Shinto yang terpenting di selatan Kyoto. Yang menjadikan tokong ini unik dari tokong lain yang ada di sini dan sebab utama kenapa anda sekeluarga mesti datang ke sini adalah kerana ribuan gerbang torii yang mengelilingi ruangan berjalan kaki yang terletak di belakang bangunan utama tokong. Laluan yang diselubungi gerbang torii ini membawa anda menuju ke Gunung Inari yang terletak 233 meter dari kawasan tokong. Untuk pengetahuan anda, setiap gerbang ini disumbangkan oleh pelbagai syarikat dan individu yang mana nama mereka diabadikan pada tiang-tiang gerbang.

 

Kemudian kita akan bergerak balik ke Osaka dan berehat serta bermalam di hotel.

Day 4 : Lawatan di Kobe

Lawatan ke HARBOR LAND. Ia merupakan area yang wajib dilihat, yang menunjukkan bagaimana sebuah pelabuhan asli Kobe bertransformasi menjadi tujuan pelancongan yang moden dan lengkap. Kita dengan mudahnya akan menemukan elemen-elemen evolusinya dengan cara menikmati pemandangan pelabuhan dari Maritim Park. Harbor Land juga menonjolkan pusat perbelanjaan yang direka dalam gaya Eropah. Di sini juga terletaknya tugu gempa bumi memperingati kejadian gempa yang memusnahkan Kobe pada 1995.

Kemudian lawatan ke TETSUJIN 28-GO. Ia adalah watak manga yang pertama kali ditulis dan digambar oleh Mitsuteru Yokohama pada tahun 1956. Cerita manga ini telah diangkat menjadi tayangan radio, serial anime di tv dan film tokusatsu serta permainan video untuk playstation 2. Ia yang juga dikenali nama Gigantor menjadi Manga pertama dijadikan tayangan television pada tahun 1960. Watak patung dengan ketingian 59 kaki ini di bina bagi mendedikasi ulang tahun ke-15 gempa bumi Great Hanshin 1995 yang mengorbankan 6,400 orang.

 

Selepas itu kita akan ziarah masjid Kobe. Masjid Kobe ini dibina pada tahun 1928 yang menjadikannya sebagai rumah ibadah umat Muslim pertama di Jepun Terletak di Nakayamate Dori, Chuo-ku, masjid ini akhirnya dibuka pada tahun 1935. Gugurnya Atom di Hiroshima dan Nagasaki pada Perang Dunia ke2 menyaksikan kota Kobe tak luput dari kehancuran akibat serangan dari udara. Hampir semua bangunan di Kobe hancur, tetapi Masjid Kobe masih tetap berdiri tegak. Masjid ini hanya mengalami retak pada dinding luarnya dan semua kaca jendelanya pecah. Bahagian luar masjid menjadi agak kehitaman akibat asap serangan bom. Begitu juga ketika gempa kuat melanda Kobe masjid ini tetap berdiri kukuh. Kemudian balik ke hotel dan bermalam.

Day 5 : Lawatan di Osaka / Nara

Hari ini lawatan kita ke Osaka Castle. Ia dibina pada tahun 1583 dibekas kawasan Ishiyama Honganji Temple, kemudian musnah akibat perang. Setelah berapa kemusnahaan dan pembinaan semula sehinggalah tahun 1931. Istana ini secara ajaib terselamat dari serangan udara semasa perang dunia ke2. Kerja-kerja pembaikan menara utama bagi memberi daya tarikan baru dalam 1997. Menara utama sekarang moden sepenuhnya di dalam malah menampilkan sebuah lif untuk kebolehcapaian lebih mudah. Ia kini di jadikan sebuah muzium informatif tentang sejarah istana dan Toyotomi Hideyoshi.

Lawatan ke Nara. Nara merupakan legasi budaya tradisional negara Jepun yang kedua selepas Kyoto. Nara merupakan ibu negara pertama negara Jepun dari tahun 710 ke 794. Kalau anda melawat Nara, anda dapat melihat lebih daripada 7 buah lokasi yang diwartakan sebagai Tanah Warisan Dunia oleh UNESCO. Lawat Nara Park. Bayangkanlah sewaktu berjalan anda dikelilingi oleh rusa yang comel dan manja-manja, inilah yang dapat anda rasai kalau anda ke Nara Park. Beratus-ratus ekor rusa terdapat di sekitar taman ini, semuanya tak kekok beramah mesra dengan manusia. Anda boleh membeli makanan rusa yang dijual di gerai-gerai tepi jalan dalam harga sekitar 150 Yen sahaja.

Kemudian kita akan beralih menuju ke lapangan terbang bagi penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Lawatan Tamat

 

Untuk pendaftaran atau anda mempunyai sebarang pertanyaan?

Pakej Terkini Jawahir Travel & Tours

Singapore

Sentosa, USS

Indonesia

Aceh, Padang, Bukittingi, Siak

Korea

Jeju Island

Jepun

Tokyo, Fuji & Disneyland

Jawahir Travel Vietnam

Vietnam

Nha Trang

Jawahir Travel

China

Xian, Beijing, HCM

Jordan Jawahir Travel

Thailand

Hatyai, Songkla

Australia

Perth, Melbourne

Maldives

Pulai Gulhi, Dolphin Cruise

Turki

Istanbul, Bursa, Izmir, Ankara

Jawahir Travel

Dubai

Palm Island, Jumeirah Beach, Burj Arab

Uzbekistan Jawahir Travel

Uzbekistan

Makam Imam Bukhari

Mesir

Nile Cruise + Ethiopia

Jordan Jawahir Travel

Baitul Maqdis

Amman, Jerusalem, 

Macedonia Jawahir Travel

Balkan

Macedonia, Albania, Crotia, Montenegro, Bosnia

Jawahir Travel Hungary

Eastern Europe

Budapest, Vienna

Jawahir Travel & Tours Sdn Bhd

Agensi Pelancongan yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia.

(SSM 1250315-P) (KPK/LN 9172)

 

Lokasi Kami:

Headquater (KEL)

Jawahir Travel & Tours Sdn. Bhd.

LOT 2007-A Kampung Kubang Kawah,
16300 Bachok, Kelantan, Malaysia.

Branch (KL)

Jawahir Travel & Tours Sdn. Bhd.

No 3-2, Jalan Setia 3, Wangsa Melawati,
53300 Kuala Lumpur.

Operasi: 9:00am - 5:30pm

Hubungi Kami:

Phone

Sales Contact

+6 013-624 7545

Ikuti Kami:

Facebook

Jawahir Travel & Tours HQ

Youtube

Jawahir Travel & Tours HQ