fbpx

Pakej ke Tokyo, Fuji & Disneyland, Jepun 2019

Jawahir Travel & Tours Sdn Bhd

Pakej ke Tokyo Fuji Disneyland 2019 Jawahir Travel

Pakej ke Tokyo, Fuji & Disneyland, Jepun 2019

Tempoh: 5 Hari 4 Malam

Harga dari: RM 4,750.00 / pax

Pakej Termasuk:

  • Tiket Penerbangan
  • Penginapan
  • Pengangkutan
  • Tour Guide
  • Tipping

Senarai Tarikh Terkini:

24 – 28 Okt 2019

8 – 12 Nov 2019

21 – 25 Dec 2019

Kongsikan pakej ini ke:

Itinerary Pakej ke Tokyo, Fuji & Disneyland, Jepun

HARI 1 : KUL – TOKYO

Berangkat dari Kuala Lumpur untuk penerbangan ke Tokyo. Tiba di Haneda, diambil dari lapangan terbang dan terus menuju ke hotel untuk daftar masuk hotel dan bermalam.

HARI 2 : LAWATAN DI TOKYO

Hari ini kita mulakan lawatan ke Nippori Fabric Town. Dikenali juga sebagai bandar kain di Tokyo, deretan berpuluh kedai kain dan peralatan menjahit menjadikan ia syurga bagi pereka fesyen dan penggemar kain kapas Jepun. Anda boleh membeli kain ela yang berkualiti tinggi serendah 100yen di sini.

Selepas itu, lawatan ke Ueno Park. Merupakan tempat wajib di kunjungi jika ke Tokyo. Di siniterletaknya Ueno Zoo yang terkenal dengan pandanya. Ueno Park yang sanagat cantik bila tiba musim sakura dan juga pelbagai muzium. Di sini juga terdapat banyak makanan halal dan Hard Rock Cafe, satu-satunya tempat membeli belah yang sangat murah dan juga mudah untuk mendapatkan segala barangan daripada jam , kasut , dan barangan wanita. Ia dikenali sebagai AMEYAYOKOCHO STREET.

Kemudian beralih ke Asakusa. Di sini terletaknya NAKAMISE STREET ,SENSOJI dan KAMINARIMON atau “Thunder Gate” . Asakusa merupakan pusat membeli belah tertua di Jepun. Di sini kita boleh melihat bermacam-macam souvenir seperti Yukata (pakaian tradisional Jepun), keychain, kipas tradisi, pisau, pedang dan pelbagai macam makanan tradisional Jepun.

Dan akhir sekali ke Akihabara. Bagi yang ingin membeli barang-barang elektronik dan anime, disinilah tempatnya, ia juga di kenali sebagai Electric Town. Akihabara merupakan kota terbesar yang memiliki dan mengumpulkan semua jenis peranti elektronik terbaru dan terkini di Jepun. Di sini juga kita boleh mencari barangan eletronik dan anime yang boleh di anggap klasik.

Kemudian balik ke hotel dan bermalam.

HARI 3 : LAWATAN DI FUJI KAWAGUCHIKO

Mulakan lawatan ke Iyashi Sato Village(termasuk bayaran masuk). Terletak di Tasik Saiko merupakan kawasan perkampungan traditional thatched roofed houses yang musnah dalam kebakaran dan dibina semula untuk pelancong. Di sana kita dapat melihat rumah perkampungan dengan suasana dan pemandangan yang cantik. Anda boleh menyewa pakaian tradisi dengan harga 1000yen dan bergambar sebagai kenangan.

Kemudian ke Kawaguchiko Lake. FUJI KAWAGUCHIKO berada di dearah Yamanashi, lokasi paling cantik dan hampir untuk melihat Gunung Fuji. Perjalanan dari Tokyo mengambil masa 2 jam dan menjadikan ia kawasan wajib dikunjungi bagi melihat Gunung Fuji, gunung yang dikatakan di antara tercantik di dunia dan menjadi kebanggaan Jepun. Lawatan ke Oishi Park. Terletak di Tasik Kawaguchi merupakan taman awam yang menyajikan keindahan pemandangan Tasik Kawaguchi dan Gunung Fuji dengan lebih dekat. Taman ini bertambah cantik bila mana kesemua bunga-bunga berkembang mengikut musim.

Setelah seharian lawatan, balik ke hotel untuk berehat dan bermalam.

HARI 4 : LAWATAN DI DISNEYLAND

Lawatan seharian di Disneyland. Merupakan sebuah Taman Tema Walt Disney. Taman tema ini penuh dengan karakter-karakter seperti Mickey Mouse atau Donald Duck, anda boleh mencuba beberapa permainan dan berhibur dengan persembahan jalanan sepanjang hari .

Kemuncak acara adalah di sebelah malam iaitu pertunjukan bunga api .Taman tema ini beroperasi mulai jam 8.30 pagi sehingga 9 malam.

Kembali ke hotel untuk bermlam.

HARI 5 : LAWATAN DI TOKYO

Lawatan ke Tsukiji Market. Pasar Tsukiji sebenarnya adalah pasar buah, sayuran dan ikan tradisional terbesar di Tokyo. Namun begitu, bagi masyarakat Tokyo dan Jepun, Tsukiji Market adalah syurga bagi pencinta ikan dan makanan laut, di sini anda juga boleh dapati dan melihat pelbagai hasil laut yang segar. Di bahagian luar pasar, terdapat banyak restoran yang menyediakan makanan daripada sumber hasil laut yang masih segar dengan harga berpatutan.

Selepas itu ke Odaiba. Merupakan pulau buatan terbesar yang terletak di Teluk Tokyo, di sini terdapat DIVER CITY yang menempatkan patung GUNDAM terbesar, pusat pameran kenderaan Toyota, pemandangan Rainbow Bridge berserta Patung Liberity dan pusat membeli belah Outlet bertemakan Eropah . Odaiba menjadi tumpuan bagi yang ingin melihat pemandangan Tokyo pada waktu malam dari seberang teluk.

Kemudian pindah ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Untuk pendaftaran atau anda mempunyai sebarang pertanyaan?

Pakej Terkini Jawahir Travel & Tours

Singapore

Sentosa, USS

Indonesia

Aceh, Padang, Bukittingi, Siak

Korea

Jeju Island

Jepun

Tokyo, Fuji & Disneyland

Jawahir Travel Vietnam

Vietnam

Nha Trang

Jawahir Travel

China

Xian, Beijing, HCM

Jordan Jawahir Travel

Thailand

Hatyai, Songkla

Australia

Perth, Melbourne

Maldives

Pulai Gulhi, Dolphin Cruise

Turki

Istanbul, Bursa, Izmir, Ankara

Jawahir Travel

Dubai

Palm Island, Jumeirah Beach, Burj Arab

Uzbekistan Jawahir Travel

Uzbekistan

Makam Imam Bukhari

Mesir

Nile Cruise + Ethiopia

Jordan Jawahir Travel

Baitul Maqdis

Amman, Jerusalem, 

Macedonia Jawahir Travel

Balkan

Macedonia, Albania, Crotia, Montenegro, Bosnia

Jawahir Travel Hungary

Eastern Europe

Budapest, Vienna

Jawahir Travel & Tours Sdn Bhd

Agensi Pelancongan yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia.

(SSM 1250315-P) (KPK/LN 9172)

 

Lokasi Kami:

Headquater (KEL)

Jawahir Travel & Tours Sdn. Bhd.

LOT 2007-A Kampung Kubang Kawah,
16300 Bachok, Kelantan, Malaysia.

Branch (KL)

Jawahir Travel & Tours Sdn. Bhd.

No 3-2, Jalan Setia 3, Wangsa Melawati,
53300 Kuala Lumpur.

Operasi: 9:00am - 5:30pm

Hubungi Kami:

Phone

Sales Contact

+6 013-624 7545

Ikuti Kami:

Facebook

Jawahir Travel & Tours HQ

Youtube

Jawahir Travel & Tours HQ