fbpx

Pakej Percutian ke Uzbekistan 4 Kota 2019 / 2020

Pakej percutian ke Uzbekistan 4 Kota ini dibawakan oleh Jawahir Travel & Tours Sdn Bhd. Anda mencari pakej ke Uzbekistan yang menarik dan berbaloi? Inilah Pakej Percutian ke Uzbekistan 2019 / 2020 yang terbaik kami sediakan untuk anda.

Jawahir Travel & Tours Sdn Bhd

Tashkent – Bukhara – Samarkand – Termez

Jom bersama Jawahir Travel & Tours untuk Pakej Percutian ke Uzbekistan – 4 Kota untuk tahun 2019 / 2020

Kenapa anda perlu memilih pakej percutian Muslim ke Uzbekistan bersama Jawahir Travel & Touras ?

Tour Leader

Trip akan diketuai sendiri oleh Tour Leader JTT yang berpengalaman

Mesra Keluarga

Pakej disusun sesuai untuk kanak-kanak dan mesra warga emas

Mesra Muslim

Makanan Halal dan Waktu Solat terjaga sepanjang perjalanan.

h

Tazkirah

Pengisian tazkirah yang ringkas dan zikir harian setiap hari.

Melawat Pergunungan

Berpeluang ke Gunung Chingam dan menaiki cable chair

Nasi Bukhari Asli

Rasai keenakan Basi Bukhari Asli yang disediakan special untuk semua peserta

Dipercayai

Syarikat yang berpengalaman didalam pengurusan perjalanan.

Bullet Train

Pengalaman menaiki Afrosiyob ( Bullet Train ) dari Samarkand ke Tashkent.

Itinerary Pakej Percutian ke Uzbekistan 4 Kota 8 Hari 6 Malam

Itinerary Pakej Kembara ke Uzbekistan yang kami susun khas untuk semua peserta yang mengikuti trip bersama kami. Itinerary yang cukup menarik dan selesa. Jadual yang dirancang ini tidak meletihkan peserta, sesuai untuk yang berkeluarga, membawa anak-anak dan warga emas bersama.

Semestinya perjalanan anda ke UZBEKISAN tidak akan terlepas untuk pergi ke tempat-tempat tarikan utama.

Keselesaan dan pengalaman menarik perjalanan yang tidak akan dilupakan menjadi keutamaan kami dalam menguruskan pakej pelancongan yang anda sertai bersama kami. Jom sertai uzbekistan tour package yang kami uruskan ini.

Day 1 : KLIA – Tashkent 

Berkumpul dan bertemu di Klia untuk urusan daftar masuk(check-in).

Dengar sedikit taklimat daripada wakil Jawahir Travel & Tours Sdn Bhd. Selesai urusan di klia, berlepas ke lapangan terbang Antarabangsa Tashkent dengan menaiki pesawat Uzbekistan Airways

    Day 2 : Tashkent – Termez

    Ketibaan di Tashkent pada jam 03:25 pagi.

    Jumpa Tour guide di Tashkent International Airport. Selepas sarapan, pindah ke domestic airport untuk mengambil penerbangan ke Termez pada jam 07.40 pagi oleh HY 065.

    Ketibaan di Termez pada jam 9 pagi. Mulakan lawatan bersiar-siar di kompleks makam Sultan Saodat. Makan Tengah Hari di restoran tempatan.

    Tempat utama Termez adalah Makam Al-Hakim at-Termizi. Masa lapang untuk aktiviti bebas. Makan Malam di Restoran Tempatan dan menginap di hotel.

    BERMALAM DI TERMEZ.

    Day 3 : Termez – Karshi

    Selepas sarapan pagi, daftar keluar hotel. Menaiki kenderaan untuk perjalanan ke Karshi.

    Dalam perjalanan, berhenti untuk melawat makam haji yang sangat terkenal dari saintis hadith terkenal Abu Iso Termizi. Makan Tengah Hari di Kota Sherobod selepas melawat Makam Abu Iso Termizi.

    Apabila tiba di Karshi daftar masuk ke hotel. Lawatan ke: Masjid Kok Gumbaz – masjid Namazgokh dibina pada akhir abad ke-16. Khodja Abdul Aziz Madrassah – adalah yang terbesar di bandar dan kini menempatkan Muzium Wilayah yang wajib.

    Makan Malam di Restoran Tempatan.
    BERMALAM DI KARSHI.

    Day 4 : Karshi – Samarkand

    Sarapan pagi di hotel. Daftar keluar hotel. Menaiki kenderaan untuk perjalanan ke Samarkand.

    Tiba di Samarkand dan makan tengah hari di Samarkand Pillaf Centre. Mulakan lawatan ke kota Samarkand:

    Dataran Registan yang indah, Monumen senibina unik Samarkand – Kompleks Shah-I-Zinda, Kubah biru megah Masjid Bibi Khanym, adalah pemandangan yang luar biasa dan membeli belah di Bazaar Siab yang sangat terkenal dengan buah-buahan kering.

    Makan malam di restoran tempatan.
    BERMALAM DI SAMARKAND.

    Day 5 : Samarkand – Bukhara

    Sarapan pagi di hotel dan daftar keluar hotel. Menaiki kenderaan ke Bukhara. Dalam perjalanan, melawat Makam Imam Al-Bukhari.

    Makan tengah hari di Navoiy Restoran Qirq Chinor (Nasi Hitam). Tiba di Bukhara, melawat Makam Sheikh Bakhauddin Naqshbandi – adalah salah satu makam ahli sufi yang terkenal.

    Makan malam di restoran tempatan.
    BERMALAM DI BUKHARA.

    Day 6 : Bukhara – Tashkent

    Sarapan pagi di hotel. Bermula lawatan ke Kota Bukhara: Ark Citadel (dari luar), Kompleks Poi Kalyan (Masjid Kalyan, Madrasah Mir Arab & Menara Kalyan). Membeli belah di Coumpul Market yang masih aktif dari zaman Jalan Sutera.

    Makan tengah hari di Restoran Olim Ota. Selepas makan, meneruskan perjalanan ke stesen keretapi untuk perjalanan ke Tashkent dengan menaiki Bullet Train Afrosiyob pada jam 3.50 petang.

    Tiba di Tashkent pada jam 7.44 malam (tertakluk kepada ketersediaan tiket).
    BERMALAM DI TASHKENT.

    Day 7 : Tashkent

    (Optional – Menaiki Bullet Train Afrosiyob dari Bukhara ke Tashkent pada jam 4.55 pagi. Tiba di Tashkent pada jam 8.47 pagi)[tertakluk kepada ketersediaan tiket].

    Sarapan pagi. Melawat pergunungan Chimgan atau dikenali sebagai Switzerland of Uzbekistan. Makan tengah hari di restoran tempatan. Pandu balik ke kota Tashkent.

    Meneruskan lawatan ke Kompleks Khasti Imam yang terdiri daripada Madrasah Barakkhan dan Muzium Al-Quran dimana terdapat AlQuran Mushaf Othman, abad ke 7, yang ditulis di atas kulit rusa yang di awet. Membeli belah di Bazar Chorsu.

    Makan malam di restoran tempatan.
    BERMALAM DI TASHKENT.

    Day 8 : Tashkent – KLIA

    Daftar keluar hotel dengan kotak sarapan (breakfast box).

    Pandu ke Lapangan Terbang Antarabangsa Tashkent untuk penerbangan ke Kuala Lumpur pada jam 7.45 pagi.

    Tiba di KLIA jam 6.15 petang.

    Lawatan Tamat

    Harga Pakej Percutian ke Uzbekistan 4 Kota 2019 / 2020

     

    Dewasa 2-12 Tahun
    (Tanpa katil)
    0 – 2 Tahun Warga Emas
    Harga Biasa RM 5,790 RM 5,490 TBA RM 5,690

    Harga Promo Sehingga 31 Okt 2019

    RM 5,490

    Sila slide ke kanan →

    Maklumat Pakej Percutian ke Uzbekistan 4 Kota

    Pakej Termasuk :

    • Tiket penerbangan pergi & balik kelas ekonomi dari Kuala Lumpur ke Uzbekistan(meals on board)
      • Pilihan Penerbangan: Uzbekistan Airways atau setaraf.
    • Pengangkutan Sepanjang Trip :
      • Penerbangan Domestik ke Termez
      • Bullet Train
    • Penginapan Hotel
    • Bagasi 20kg pergi & 30kg balik
    • Makan & Minum Fullboard (Restoran Halal)
    • Pemandu pelancong/Pemandu
    • Tips untuk pemandu pelancong

    Tidak Termasuk :

    • Lawatan Tambahan
    • Insurans perjalanan
    • Aktiviti tambahan
    • Perbelanjaan peribadi
    • Bayaran tambahan semasa musim cuti / perayaan.
    • Perkhidmatan tambahan di hotel seperti dobi, servis bilik dan lain-lain
    • Bayaran tambahan untuk had bagasi berlebihan
    • Perkara-perkara lain yang tidak dinyatakan dalam program ini

    Tarikh terkini untuk Pakej Percutian ke Uzbekistan 4 Kota

    Tarikh Musim Harga Dari
    Mac 2020 25 Mac – 1 April 2020 Musim Bunga RM 5,790 Dibuka
    April 2020 1 – 8 April 2020 Musim Bunga RM 5,790 Dibuka
    April 2020 8 – 15 April 2020 Musim Bunga RM 5,790 Dibuka
    Sept 2020 2 – 9 Sept 2020 Musim Luruh RM 5,790 Dibuka
    Sept 2020 9 – 16 Sept 2020 Musim Luruh RM 5,790 Dibuka
    Sept 2020
    16 – 23 Sept 2020 Musim Luruh RM 5,790 Dibuka
    Sept 2020
    23 – 30 Sept 2020 Musim Luruh RM 5,790 Dibuka

    Sila slide ke kanan →

    Panduan Musim di  Uzbekistan

    Cuaca di Uzbekistan adalah beriklim kontinental yang mempunyai kadar hujan yang sedikit setiap tahun. Biasanya bersuhu paling panas di bahagian selatan dan bersuhu paling sejuk di bahagian utara. Musim bunga dan musim luruh adalah waktu terbaik untuk melawat Uzbekistan ketika suhu yang nyaman.

    Apabila anda melancong ke Uzbekistan pada musim luruh, jangan lupa untuk menikmati pelbagai buah-buahan disana yang segar dari ladang terutama buah anggur. 

    Musim Sejuk

    • Disember – Februari
    • Suhu Maksimum: ~ 6.0°C
    • Suhu Minimum: ~-3.0°C

    Musim Bunga

    • Mac – Mei
    • Suhu Maksimum: ~ 22.0°C
    • Suhu Minimum: ~8.0°C

    Musim Panas

    • Jun – Ogos
    • Suhu Maksimum: ~ 36.0°C
    • Suhu Minimum: ~19.0°C

    Musim Luruh

    • September – November
    • Suhu Maksimum: ~ 21.0°C
    • Suhu Minimum: ~7.0°C

    Maklumat musim hanya sebagai panduan kasar daripada seasonsyear.com

    Tempat Menarik di dalam Pakej Percutian ke Uzbekistan

    Jika anda pergi jalan jalan ke Uzbekistan bersama kami, anda akan dibawa ke tempat-tempat tarikan utama di Uzbekistan yang wajib pergi. Anda akan diberi perkongsian berkaitan sejarah tempat-tempat yang dilawati.

    Pendaftaran Pakej ke Uzbekistan

    • Pendaftaran peserta akan disahkan setelah membuat pembayaran deposit minimum RM500.
    • Setiap pendaftaran tidak akan dikira selagi pembayaran deposit tidak diterima oleh pihak syarikat.
    • Pembayaran boleh dibuat secara ansuran dan baki penuh boleh dibuat selewat-lewatnya 45 hari dari tarikh berlepas.
    • ** Keberangkatan bergantung kepada minimum peserta 20 orang

    Cara Mendaftar

    Anda boleh terus hubungi kami untuk membuat pendaftaran.

    Selain itu, anda boleh isi borang pendaftaran yang disediakan untuk kami hubungi anda melalui whatsapp atau email.

     

    Borang Pendaftaran

    Sila isi maklumat berkenaan. Kami akan bagi maklumbalas melalui email atau whatsapp kepada anda. Terima kasih.

    Sila isi maklumat berkenaan. Kami akan bagi maklumbalas melalui whatsapp kepada anda. Terima kasih.

    Kongsikan pakej ini ke:

    Mungkin anda berminat dengan Pakej Percutian kami yang lain

    Pakej ke Singapore 2H1M 2019

    Pakej ke Singapore 2H1M 2019

    Pakej ke Sydney & Melbourne 2019 dibawakan oleh Jawahir Travel & Tours Sdn Bhd. Perjalanan yang cukup menarik dan selesa, membawa kenangan indah anda.

    Pakej ke Korea 2019

    Pakej ke Korea 2019

    Pakej ke Korea 2019 diuruskan oleh Jawahir Travel & Tours Sdn Bhd cukup menititberatkan keselesaan peserta. Pengurusan yang mesra.

    Pakej ke Korea Jeju 2019

    Pakej ke Korea Jeju 2019

    Pakej ke Osaka, Kyoto, Kobe & Nara Jepun 2019 dibawakan oleh Jawahir Travel & Tours Sdn Bhd. Perjalanan yang cukup menarik ke China. Serendah RM 3,750

    Jom musafir bersama Jawahir Travel & Tours mengenali dan merasai pengalaman ke negara yang cukup cantik dalam pakej percutian ke Rusia 2019 / 2020.

    Pakej Terkini Jawahir Travel & Tours

    Singapore

    Sentosa, USS

    Indonesia

    Aceh, Padang, Bukittingi, Siak

    Korea

    Jeju Island

    Jepun

    Tokyo, Fuji & Disneyland

    Jawahir Travel Vietnam

    Vietnam

    Nha Trang

    Jawahir Travel

    China

    Xian, Beijing, HCM

    Jordan Jawahir Travel

    Thailand

    Hatyai, Songkla

    Australia

    Perth, Melbourne

    Maldives

    Pulai Gulhi, Dolphin Cruise

    Turki

    Istanbul, Bursa, Izmir, Ankara

    Jawahir Travel

    Dubai

    Palm Island, Jumeirah Beach, Burj Arab

    Uzbekistan Jawahir Travel

    Uzbekistan

    Makam Imam Bukhari

    Mesir

    Nile Cruise + Ethiopia

    Jordan Jawahir Travel

    Baitul Maqdis

    Amman, Jerusalem, 

    Spain Jawahir Travel

    Spain, Morocco, Portugal

    Macedonia Jawahir Travel

    Balkan

    Macedonia, Albania, Crotia, Montenegro, Bosnia

    Jawahir Travel Hungary

    Eastern Europe

    Budapest, Vienna

    Jawahir Travel & Tours Sdn Bhd

    Agensi Pelancongan yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia.

    (SSM 1250315-P) (KPK/LN 9172)

     

    Hubungi Kami:

    Alamat (HQ)

    Jawahir Travel & Tours Sdn. Bhd.

    LOT 2007-A Kampung Kubang Kawah,
    16300 Bachok, Kelantan, Malaysia.

    Phone

    Sales Contact

    +6 013-624 7545

    Ikuti Kami:

    Facebook

    Jawahir Travel & Tours HQ

    Youtube

    Jawahir Travel & Tours HQ