fbpx

Pakej ke Xian, Xining & Qinghai, China 2019

Jawahir Travel & Tours Sdn Bhd

Pakej ke Xian Xining Qinghai Jawahir Travel 2019

Pakej ke Xian, Xining & Qinghai, China 2019

Tempoh: 8 Hari 7 Malam

Harga dari: RM 5,990.00 / pax

Pakej Termasuk:

  • Tiket penerbangan
  • Pengangkutan
  • Penginapan
  • Makan & Minum
  • Tour Guide
  • Tipping
  • Insurans Perjalanan

Senarai Tarikh Terkini:

23 – 30 Jun 2019

1 – 8 Julai 2019

26 Ogos – 2 Sept 2019

Kongsikan pakej ini ke:

Itinerary Pakej ke Xian Xining Qinghai ,China.

HARI 1 : XIAN

Bertolak dari KLIA2 pada jam 7.05 Petang. Sampai di Xian jam 12.30 tengah malambdan terus daftar masuk hotel dan berehat.

HARI 2 : XIAN (B/L)

Selepas MP ( Makan Pagi ), rombongan memulakan perjalanan ke Plaza Pancar terbesar di Asia iaitu Big Wild Goose Pagoda..ia mengawasi mercu tanda Xian. Kemudian, dibawa ke Da Ming Palace National Site, iaitu Tang Chang’an City yang terkenal di dunia.

Selepas itu, ziarah kepada The Great Mosque of Xian dan solat di sana, akan diberi peluang ziarah dan membeli belah di Huifang Muslim Street Food. Tempat yang dipenuhi oleh Muslim Xian menjual pelbagai produk makanan halal, dan 1001 barangan yang lain.

Lewat petang berangkat ke Bullet Train Station bagi meneruskan perjalanan ke Xining ( selama kira-kira 4 jam setengah ).

HARI 3 : XINING (B/L/D)

Selepas MP, rombongan dibawa ke Xunhua. Di sini akan melawat Camel Spring , tempat sejarah Legend of The Salar, melihat manuskrip Quran yang berusia hampir 1200 tahun di atas kulit kambing.

Kemudian, ke Meng Da Heaveniy Lake. Iaitu satu tasik semulajadi yang berada di atas puncak gunung ( tidak diketahui punca air ). Satu pemandangan yang indah di atas ini.

Optional : Jemaah boleh mendaki melalui laluan anak tangga / menaiki kuda
mengikut route yang ada ( Pengalaman naik kuda ialah paling best ). Semasa pulang, bergambar di atas puncak gunung berlatar belakang tasik yang luas.

HARI 4 : THE RAINBOW MOUNTAIN (B/L/D)

Selepas MP, bergerak menuju ke Danxia, tempat pergunungan yang berwarna warni atau dikenali sebagai Rainbow Mountain. Allahu Akbar, keindahan semula jadi pada kawasan gunung ganang dengan warna yang pelbagai.

Kemudian, bergerak merentasi budaya orang Tibet untuk menuju ke Kanbula Geopark. Evolusi persekitaran geologi dan ekologi yang bertahan selama 38 juta tahun. Kanbula Geopark ialah kawasan pada kadar ketinggian 2800 meter dari paras laut.

Dan ada tasik di atasnya yang berpunca dari Yellow River. Pemandangannya masyaAllah sangat memukau. Seumpama lukisan yang diukir. Selepas lawatan akan mengadakan makan malam dan kembali ke Hotel.

HARI 5 : QINGHAI (B/L/D)

Selepas MP, bergerak menuju ke Qinghai, dan pergi ke Chaka Salt Lake. Tasik garam semulajadi yang merentasi Gobi Desert, antara gurun terbesar dunia. Bagaimana di tengah gurun boleh ada tasik. Dan tasik itu pula ialah tasik garam. MasyaAllah, hebat bukan ? Chaka Salt Lake juga dikenali sebagai Sky Mirror kerana bila berdiri di dalam tasik, akan timbul pantulan bayang-bayang yang cantik di permukaan tasik.

Kemudian, akan bergerak menuju ke Qinghai Lake, antara tasik terbesar di Western part of China. Kemudian akan merentasi budaya orang Mongolia dlm perjalanan pulang ke Xining.

Berhenti dan bergambar di puncak tertinggi di atas gunung kira-kira 3800 meter lebih dari paras laut. Berpeluang belajar budaya dan sejarah orang Mongolia di sana, pesta lumba kuda yang diadakan dan berpeluang menaiki Yak.

HARI 6 : XINING (B/L/D)

Selepas MP, di bawa ke Tibet Plateau Wild Zoo. Melawat hidupan liar yang unik di Dataran Tinggi Tibet. Terdapat haiwan seperti antelop, harimau putih dan haiwan lain yang jarang ditemui.

Kemudian, di bawa ziarah kepada daerah Chengdong untuk melawat The Great Mosque of Dong Guan. Masjid terbesar di Xining, juga dikenali the little of Mecca kerana pada masa solat eid , jumlah jemaah boleh mencecah ratusan ribu Muslim tempatan.

Lewat petang bertolak ke Bullet Train Station di Xining bagi perjalanan pulang ke bandar Xian.

HARI 7 : XIAN (B/L)

Selepas MP, dibawa sekali lagi ke Muslim Food Street bagi jemaah untuk shopping terakhir sebelum berangkat pulang lewat malam nanti.

Kemudian, bergerak ke salah satu keajaiban dunia, melawat Terracotta Warriors. Kesan sejarah yang hebat, melihat arca ribuan tentera yang patuh kepada Maharaja dinasti Qin satu ketika dahulu.

Lewat petang bergerak menuju airport Xian bagi kepulangan ke tanah air.

HARI 8

Ketibaan di KLIA.

Untuk pendaftaran atau anda mempunyai sebarang pertanyaan?

Pakej Terkini Jawahir Travel & Tours

Singapore

Sentosa, USS

Indonesia

Aceh, Padang, Bukittingi, Siak

Korea

Jeju Island

Jepun

Tokyo, Fuji & Disneyland

Jawahir Travel Vietnam

Vietnam

Nha Trang

Jawahir Travel

China

Xian, Beijing, HCM

Jordan Jawahir Travel

Thailand

Hatyai, Songkla

Australia

Perth, Melbourne

Maldives

Pulai Gulhi, Dolphin Cruise

Turki

Istanbul, Bursa, Izmir, Ankara

Jawahir Travel

Dubai

Palm Island, Jumeirah Beach, Burj Arab

Uzbekistan Jawahir Travel

Uzbekistan

Makam Imam Bukhari

Mesir

Nile Cruise + Ethiopia

Jordan Jawahir Travel

Baitul Maqdis

Amman, Jerusalem, 

Macedonia Jawahir Travel

Balkan

Macedonia, Albania, Crotia, Montenegro, Bosnia

Jawahir Travel Hungary

Eastern Europe

Budapest, Vienna

Jawahir Travel & Tours Sdn Bhd

Agensi Pelancongan yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia.

(SSM 1250315-P) (KPK/LN 9172)

 

Lokasi Kami:

Headquater (KEL)

Jawahir Travel & Tours Sdn. Bhd.

LOT 2007-A Kampung Kubang Kawah,
16300 Bachok, Kelantan, Malaysia.

Branch (KL)

Jawahir Travel & Tours Sdn. Bhd.

No 3-2, Jalan Setia 3, Wangsa Melawati,
53300 Kuala Lumpur.

Operasi: 9:00am - 5:30pm

Hubungi Kami:

Phone

Sales Contact

+6 013-624 7545

Ikuti Kami:

Facebook

Jawahir Travel & Tours HQ

Youtube

Jawahir Travel & Tours HQ